Cream Puff Jagung
Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
* 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
* 100 gm butter
* 250 ml air
* 1/2 sudu teh gula
* 3 biji telur
Bahan-bahan untuk inti jagung
* 1 cawan air
* 1/2 cawan susu cair
* 1 cawan jagung dalam tin
* 1/2 cawan tepung kastad
* 5 sudu besar gula
Cara-cara
1. Cara-cara untuk puff
2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
3.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
4.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
7. Cara-cara untuk inti
8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff
=Klau x nk gne inti jagung,,bleh jgk gne custard cream
Custard Cream
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
- 1 sudu besar tepung
- 1 sudu besar tepung jagung
- 4 sudu besar gula
- 200cc(1 cup) susu segar
- 1 biji telur (L size)
- 1 sudu besar mentega
Cara-cara
- Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
- Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
- Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
- Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
- **Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.