Selamat Datang Ke Dunia Resepi Najdah...

FLASH EFFECT

FLASH MESSAGE

My Cute Followers

Resipi Cream Puff



Cream Puff Jagung

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )

* 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
* 100 gm butter
* 250 ml air
* 1/2 sudu teh gula
* 3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung

* 1 cawan air
* 1/2 cawan susu cair
* 1 cawan jagung dalam tin
* 1/2 cawan tepung kastad
* 5 sudu besar gula

Cara-cara

1. Cara-cara untuk puff
2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
3.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
4.Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
7. Cara-cara untuk inti
8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

=Klau x nk gne inti jagung,,bleh jgk gne custard cream

Custard Cream

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. **Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

TEH O AIS MATA KUCING

TEH O AIS MATA KUCING

Bahan-bahan

#1 uncang teh Lipton 'Commomile'
#30ml air
#2 biji buah longan
#2 camca kecil gula halus
#Ais batu kisar
#1 biji buah ceri
Cara Membuat

1. Masukkan air 300ml sehingga mendidih. Selepas itu,
tuangkan air yang sudah dimasak itu ke dalam bekas.
Rendamkan 1 uncang teh Lipton 'Commomile' sehingga air
bertukar menjadi kekuningan. Masukkan gula sirap
sebanyak 2 sudu teh atau secukup rasa.
2. Potong buah longan tadi. Campurkan ais batu kisar. Masukkan buah longan yang sudah disiap
potong tadi ke dalam gelas. Tuang air teh yang sudah siap tadi ke dalam gelas. Kemudian
masukkan air batu kisar.
3. Gunakan buah lemon dan buah longan sebagai perhiasan di atas gelas.

PANDUAN

TEPUNG GANTI SABUN

Jika anda kehabisan sabun dan pinggan mangkuk masih banyak yang belum dicuci anda boleh mencuba petua ini. Ambil tepung gandum dan jadikan ia seperti sabun. Cuci pinggan dengan menggunakan tepung itu dan hasilnya anda akan lihat cucian sama bersihnya seperti menggunakan sabun.

KARIPAP LAPIS TANDORI AYAM

KARIPAP LAPIS TANDORI AYAM

Bahan 1

#100gm isi ayam bahagian dada
#30gm tairu @ susu masam @ yogurt @dadih
#15gm cili bo
#10gm serbuk cili
#Garam secukup rasa


Bahan 2

#1 keping pastri puff
#80gm timun - hiris halus
#10gm yogurt
#Garam secukup rasa
Cara Membuat
#Perapkan bahan-bahan 1 dan bakar di dalam ketuhar selama 20 minit dengan suhu 150
darjah celcius.
#Potong pastri puff, letakkan inti hirisan ayam yang telah dimasak tadi beserta timun, yogurt
dan sedikit garam yang telah digaulkan .
#Lipatkan pastri puff yang telah diletakkan inti dengan menggunakan sedikit air.
#Bakar di dalam ketuhar selama 8 hingga 10 minit dengan kepanasan suhu 160 darjah celcius.

SANDWICH OTAK-OTAK MAKANAN LAUT

SANDWICH OTAK-OTAK MAKANAN LAUT

Bahan-bahan

@10 keping roti sandwich putih yang dibakar
@1 ekor ikan tenggiri - diambil isinya sahaja dan dikisar
@150 gm sotong - kisar
@3 biji cili merah - kisar halus
@4 biji cili padi - kisar halus
@1 inci kunyit hidup - kisar halus
@1 batang serai - kisar halus
@1/2 inci lengkuas - kisar halus
@1/2 inci halia muda - kisar halus
@2 biji bawang besar - kisar halus
@6 biji bawang merah - kisar halus
@1 helai daun pisang untuk membungkus
@1/2 cawan pati santan
@Garam secukup rasa

Cara Membuat

1. Bakar roti di dalam pembakar sehingga kekuningan
2. Campurkan semua bahan-bahan digaulkan sebati, masukkan ke dalam daun pisang dan
kukuskan selama 15 minit
3. Letakkan di dalam kepingan roti yang telah dibakar sebagai inti.

COKLAT KEK BROWNIE PANAS DENGAN AIS KRIM VANILLA


COKLAT KEK BROWNIE PANAS DENGAN AIS KRIM VANILLA

Bahan Kek

@480gm gula halus
@360gm lepa mentega
@20gm ovallete
@6 biji telur
@330gm tepung gandum
@2 camca kecil soda bikarbonat
@100gm serbuk koko
@300gm susu UHT yang dipanaskan bersama air

Bahan Sos Coklat

@400gm coklat hitam (Dark Chocolate)
@500gm susu cair UHT

Cara Membuat

@Pukul gula,mentega dan ovalette sehingga kembang.
@Masukkan telur dan gaulkan sehingga sebati.
@Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
@Akhir sekali,masukkan serbuk koko dan susu yang dipanaskan,pukul sehingga rata.
@Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 40 hingga 45 minit.

Cara Membuat Sos Coklat

@Cincang kepingan coklat sehingga hancur.
@Didihkan susu,masukkan kepingan coklat.Kacau sehingga larut dan sebati.
@Potong kek brownie coklat mengikut saiz yang dikehendaki.
@Tuangkan cairan sos coklat ke atas kek.