Selamat Datang Ke Dunia Resepi Najdah...

FLASH EFFECT

FLASH MESSAGE

My Cute Followers

TEH O AIS MATA KUCING

TEH O AIS MATA KUCING

Bahan-bahan

#1 uncang teh Lipton 'Commomile'
#30ml air
#2 biji buah longan
#2 camca kecil gula halus
#Ais batu kisar
#1 biji buah ceri
Cara Membuat

1. Masukkan air 300ml sehingga mendidih. Selepas itu,
tuangkan air yang sudah dimasak itu ke dalam bekas.
Rendamkan 1 uncang teh Lipton 'Commomile' sehingga air
bertukar menjadi kekuningan. Masukkan gula sirap
sebanyak 2 sudu teh atau secukup rasa.
2. Potong buah longan tadi. Campurkan ais batu kisar. Masukkan buah longan yang sudah disiap
potong tadi ke dalam gelas. Tuang air teh yang sudah siap tadi ke dalam gelas. Kemudian
masukkan air batu kisar.
3. Gunakan buah lemon dan buah longan sebagai perhiasan di atas gelas.

PANDUAN

TEPUNG GANTI SABUN

Jika anda kehabisan sabun dan pinggan mangkuk masih banyak yang belum dicuci anda boleh mencuba petua ini. Ambil tepung gandum dan jadikan ia seperti sabun. Cuci pinggan dengan menggunakan tepung itu dan hasilnya anda akan lihat cucian sama bersihnya seperti menggunakan sabun.

KARIPAP LAPIS TANDORI AYAM

KARIPAP LAPIS TANDORI AYAM

Bahan 1

#100gm isi ayam bahagian dada
#30gm tairu @ susu masam @ yogurt @dadih
#15gm cili bo
#10gm serbuk cili
#Garam secukup rasa


Bahan 2

#1 keping pastri puff
#80gm timun - hiris halus
#10gm yogurt
#Garam secukup rasa
Cara Membuat
#Perapkan bahan-bahan 1 dan bakar di dalam ketuhar selama 20 minit dengan suhu 150
darjah celcius.
#Potong pastri puff, letakkan inti hirisan ayam yang telah dimasak tadi beserta timun, yogurt
dan sedikit garam yang telah digaulkan .
#Lipatkan pastri puff yang telah diletakkan inti dengan menggunakan sedikit air.
#Bakar di dalam ketuhar selama 8 hingga 10 minit dengan kepanasan suhu 160 darjah celcius.

SANDWICH OTAK-OTAK MAKANAN LAUT

SANDWICH OTAK-OTAK MAKANAN LAUT

Bahan-bahan

@10 keping roti sandwich putih yang dibakar
@1 ekor ikan tenggiri - diambil isinya sahaja dan dikisar
@150 gm sotong - kisar
@3 biji cili merah - kisar halus
@4 biji cili padi - kisar halus
@1 inci kunyit hidup - kisar halus
@1 batang serai - kisar halus
@1/2 inci lengkuas - kisar halus
@1/2 inci halia muda - kisar halus
@2 biji bawang besar - kisar halus
@6 biji bawang merah - kisar halus
@1 helai daun pisang untuk membungkus
@1/2 cawan pati santan
@Garam secukup rasa

Cara Membuat

1. Bakar roti di dalam pembakar sehingga kekuningan
2. Campurkan semua bahan-bahan digaulkan sebati, masukkan ke dalam daun pisang dan
kukuskan selama 15 minit
3. Letakkan di dalam kepingan roti yang telah dibakar sebagai inti.

COKLAT KEK BROWNIE PANAS DENGAN AIS KRIM VANILLA


COKLAT KEK BROWNIE PANAS DENGAN AIS KRIM VANILLA

Bahan Kek

@480gm gula halus
@360gm lepa mentega
@20gm ovallete
@6 biji telur
@330gm tepung gandum
@2 camca kecil soda bikarbonat
@100gm serbuk koko
@300gm susu UHT yang dipanaskan bersama air

Bahan Sos Coklat

@400gm coklat hitam (Dark Chocolate)
@500gm susu cair UHT

Cara Membuat

@Pukul gula,mentega dan ovalette sehingga kembang.
@Masukkan telur dan gaulkan sehingga sebati.
@Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
@Akhir sekali,masukkan serbuk koko dan susu yang dipanaskan,pukul sehingga rata.
@Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 40 hingga 45 minit.

Cara Membuat Sos Coklat

@Cincang kepingan coklat sehingga hancur.
@Didihkan susu,masukkan kepingan coklat.Kacau sehingga larut dan sebati.
@Potong kek brownie coklat mengikut saiz yang dikehendaki.
@Tuangkan cairan sos coklat ke atas kek.

KEK KEJU LEMON

KEK KEJU LEMON
Bahan-bahan 1
-200gm biskut marie
-125gm lepa mentega
-1 camca kecil serbuk kulit kayu manis
Bahan-bahan 2
-250gm krim keju Mascarphone
-395gm krim (Double Cream)
-2 camca besar jus lemon
-30gm serbuk gelatin halal
Cara Membuat
-Campurkan kesemua bahan 1 dan uli sehingga menjadi satu doh.
-Tekan adunan doh tadi ke dalam acuan dan bakar selama 20 minit .
-Pukul krim keju sehingga lembut,masukkan krim Double dan jus lemon.
-Campurkan serbuk gelatin ke dalam bahan-bahan 2 yang telah disiapkan tadi dan masukkan
ke dalam acuan adunan doh yang telah dibakar (bahan 2).
-Hiaskan engan hirisan buah lemon.Sejukkan sebelum dihidang.

MI DIM SUM YANG LAZAT


Mi Dim Sum

Bahan-bahan

#1 pek mi segera perisa ayam,rebus selama 3 minit dan
tuskan
#Perencah perisa ayam (boleh didapati di dalam pek mi segera perisa ayam)
#3 sudu daging ayam dicincang halus
#1 sudu daun bawang dihiris
#3 biji telur dipukul
#1 sudu teh tepung gandum
#10 biji telur burung puyuh,direbus dan dibuang kulitnya
#Sos cili

Cara Membuatnya

1.Campurkan mi dan kesemua perencahnya bersama daging ayam,telur,daun bawang dan
tepung gandum,gaul sehingga sebati.
2.Sediakan acuan kecil,sapukan dengan minyak masak dan letakkan doh ke dalam acuan
sehingga penuh.
3.Letak 1 biji telur burung puyuh di atas doh.
4.Stim mi sehingga padat dan masak sepenuhnya,keluarkan dan biarkan sejuk.(selepas
itu,ia boleh digoreng mengikut citarasa sendiri).
5.Hidangkan bersama sos cili.

Semoga Berjaya!!!!!!!!

STIK LADA HITAM


STIK LADA HITAM

Saiz bagi hidangan ini antara 4 hingga 5 orang.

Bahan-bahan

@500-600gm (4 keping) daging batang pinang atau
peha ayam tanpa tulang.
@80gm minyak masak untuk mengoreng


(A)

@10gm (1 sudu bbesar) perapan halia
@10gm (1 sudu besar) sos soya
@1 sudu teh bawang putih yang dipotong dadu atau 1/2 sudu teh sebuk bawang putih
@1 sudu teh gula
@1 sudu besar sos worcestershire
@1/2 sudu besar garam
@1 sudu besar minyak zaitun

Campuran Sos

@120gm (1/2 botol) sos lada hitam
@125gm (8 sudu besar) air
@2 sudu besar minyak masak
@Sedikit garam dan gula

Cara membuatnya

1.Perap daging dengan bahan (A) selama 1/2 jam atau lebih
2.Panaskan minyak masak dan goreng daging selama 6 hingga 8 minit.
3.Panggang daging goreng selama 8 hingga 10 minit sehingga masak. Letakkan di tepi.

Penyediaan Sos

1.Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam kuali. Masukkan sos lada hitam dan tumis
selama 1 minit.
2.Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Setelah mendidih, campurkan campuran sos pada
daging sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba resipi ini........!!!!!!!!!!!!!!!!!

Chocolate Fudge Frosting




>>Contoh kek yang dihias dengan chocolate fudge dan choco cream

Selain dari chocolate ganache, ada satu lagi aising yang boleh menyalut kek coklat iaitu chocolate fudge frosting. Jika chocolate ganache mempunyai dua bahan asas iaitu coklat dan krim, yang ini pula mempunyai lebih bahan seperti gula aising, mentega, serbuk koko dan lain-lain bergantung kepada resipinya. Apa yang membezakan keduanya ialah chocolate fudge lebih pekat dari chocolate ganache. Ia tidak boleh dituang, tetapi perlu disapu seperti membuat aising krim mentega .Ia juga tidak memberi kekilatan (shine) seperti chocolate ganache. Ia sesuai untuk disapu pada kek, untuk inti (filling) dan juga hiasan tepi kek (border).Untuk bunga ros,perlukan aising yang lebih kental ( stiff) seperti Chocolate Cream.
Bahan-bahan :
2 cawan gula kastor
1/4 cawan sirap gula (corn syrup)
1 cawan krim putar (dairy whipping cream)
180 gm coklat masakan
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya :
1. Satukan gula, sirap gula dan krim dalam sebuah periuk.
2. Kacau diatas api yang kecil hingga gula cair dan larut.
3. Didihkan 1 minit dan angkat dari api.
4. Masukkan coklat masakan yang dicincang dan kacau hingga coklat cair.
5. Masukkan mentega dan vanila.Biarkan coklat fudge sejuk dan pekat baru disapukan atas kek.
6. Hiaskan kek mengikut citarasa anda.
Chocolate Fudge Buttercream Frosting
Bahan-bahan :
115 gm mentega
50 gm shortening
30 gm serbuk koko
240 gm gula aising
30 ml susu
350 gm coklat masakan, dicairkan
5 ml esen vanila
Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega dan shortening hingga kembang.
2. Masukkan koko dan gula aising.
3. Masukkan susu , coklat masakan dan esen vanila.
4. Putar hingga sebati.
5. Bolehlah disapukan atas kek coklat. Hiaskan.

Chocolate Cream

Bahan-bahan :

750 gm coklat masakan, dicincang
175 gm mentega, dilembutkan
90 gm kuning telur
225 gm telur (seluruh)

Cara membuatnya :

1. Cairkan coklat secara double-boiler dan masukkan mentega. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk pengadun dan tuangkan coklat cair.Putar dengan kelajuan sederhana hingga ringan dan berkerim.
3. Biarkan sebentar supaya krim agak pekat.Kemudian bolehlah digunakan untuk membuat bunga ataupun membuat hiasan tepi kek
Selamat Mencuba!!!!!!!!!!!!






Chocolate Ganache

>> Kek yang telah siap disaluti chocolate ganache>> Ganache yang telah siap dicairkan>> Salutkan kek dengan aising mentega atau krim putar.Sejukkan hingga keras barulah disiram dengan chocolate ganache yang telah sejuk atau suam-suam.
Tentu anda pernah melihat di kedai-kedai bakeri, kek-kek yang dihiasi topping coklat yang sungguh menyelerakan. Sebenarnya topping coklat tersebut dikenali sebagai Chocolate Ganache. Ganache adalah berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud 'cushion'. Ganache mempunyai pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan untuk menyalut kek-kek coklat agar tambah lazat dan menyelerakan.Dalam Ganache yang asas, digunakan dua bahan sahaja iaitu krim pekat/krim putar (Dairy Whipping Cream) dan coklat masakan. Bagaimanapun, anda boleh menambah mentega dan esen vanila ke dalam adunan ganache. Krim pekat pula boleh digantikan dengan air,susu cair (evaporated milk),susu segar(fresh milk) atau susu UHT. Tetapi penggunaan bahan-bahan gantian ini menjejaskan kualiti ganache dari segi kekilatan (shine) dan teksturnya. Oleh kerana itu, di hotel-hotel dan bakeri, mereka lebih suka menggunakan krim pekat/krim putar, kerana hasilnya lebih baik walaupun harganya lebih mahal dari susu biasa.Jika di tempat anda susah untuk mendapatkan krim ini, guna saja bahan gantian.

Kaedah asas membuat ganache:

1.Cincang coklat masakan kecil-kecil.
2.Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
3.Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4.Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.Jika anda mahu topping atau glazing yang cair,anda bolehlah gunakan setelah beberapa jam disejukkan. Jika mahu topping yang lebih tebal ,sejukkan semalaman pada suhu bilik. Keesokannya barulah digunakan untuk menyalut kek anda. Ganache yang sudah pekat juga boleh digunakan untuk membuat filling atau isian yang disapu pada bahagian tengah kek. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah,coklat tidak boleh dicairkan dalam haba yang terlalu panas kerana akan menyebabkan keluarnya minyak pada permukaan coklat.Ini menjejaskan tekstur ganache. Anda juga tidak boleh memasukkan ganache yang baru dicairkan terus ke dalam peti sejuk. Ganache perlu disejukkan secara perlahan-lahan untuk membantu molekul-molekul dalam coklat dan krim itu menjadi sebati dengan baik.

Bahan-bahan :

300 gm krim pekat/krim putar
500 gm coklat masakan, dicincang
30 gm mentega

Cara Membuatnya :
1. Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
2. Masukkan coklat dan kacau hingga ia cair semuanya.
3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga sebati.
4. Biarkan beberapa jam sebelum digunakan.

SeMoGa BeRjAyA!!!!!!!!!!!!!!!

JaPaNeSe CoTtOn ChEeSe CaKe

Japanese Cotton Cheese Cake

Jika kek ini dibuat dengan betul, ia akan jadi lembut , gebu dan mempunyai lubang-lubang udara yang halus. Jika ada yang tak kena, ia akan jadi padat dan tak berapa naik. Tetapi masih sedap dimakan seperti kek keju yang lain.Selalunya kek ini jadi rebutan kanak-kanak. Belum sempat dimasukkan dalam peti sejuk, dah habis separuh. Kek ini enak dimakan sejuk bersama inti blueberi.




Bahan-bahan :


(A)70 gm gula halus
6 biji putih telur A
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

(B)250 gm krim keju
50 gm mentega
6 biji kuning telur A
100 ml susu segar
1 sudu besar jus lemon @ 1/2 sudu teh pes lemon
70 gm gula halus

(C)80 gm tepung superfine/kek


Cara Membuatnya:

1. Krim keju dipotong kecil dan masukkan ke dalam periuk kecil bersama mentega, gula dan susu. Cairkan secara double-boiler dan kacau hingga adunan menjadi likat. Masukkan kuning telur dan jus lemon. Kacau sebati.
2. Angkat dari api dan masukkan tepung. Pastikan adunan masih hangat.
3. Pukul putih telur, gula dan krim tartar hingga gebu dan kental. Apabila dicolek dengan jari,adunan masih berekor. Jangan terlalu keras kerana ia akan kering.
4. Alihkan adunan pes tepung ke dalam bekas lebih besar. Masukkan putih telur sedikit-sedikit dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
5. Sediakan tin pembakar bulat berukuran 9 inci atau 10 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan dan bakar secara water-bath.Sediakan dulang lebih besar dan masukkan air 1/3 penuh. Letakkan tin kek atasnya. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170 darjah celcius.
7. Bakar selama 1- 11/2 jam hingga masak. Untuk menguji kek masak, cucuk dengan lidi. Jika masih melekit, bakar semula hingga masak

Crepes




Tentu anda pernah mendengar tentang pencuci mulut dari barat yang dinamakan Crepes. Ia seakan pankek atau lempeng tetapi ia lebih nipis.Anda boleh gunakan kuali leper untuk memasak crepes ini. Pada saya membuat crepes ini lebih kurang membuat kulit kuih gulung ataupun kuih ketayap.Cuma kuih gulung intinya kelapa tetapi crepes lebih bergaya dengan inti krim keju atau lain-lain inti yang anda hajati.

These crêpes are filled with a cream cheese mixture and topped with fresh mango pieces. They are then drizzled with coconut cream syrup and sprinkled with toasted coconut. (If you don’t have or don’t want to make coconut cream syrup, you can do without. But the syrup is very, very good.)

For the crêpes:
1 cup all-purpose flour
1 1/2 cups milk
2 large eggs
2 tablespoons granulated sugar
1 tablespoon vegetable oil
1 pinch salt

Methods:
1. Sift the flour into a medium bowl. Make a well in the center.2. In a small bowl, whisk together the milk, eggs, sugar, vegetable oil, and salt. Add to the flour and whip to a smooth batter. Refrigerate the batter for two hours.3. Heat a nine-inch crêpe pan on medium high heat. Brush with butter.4. Measure batter into the hot pan. Immediately tilt and rotate the pan so that the batter covers the bottom of the pan in a thin layer.5. Cook until bubbles appear and the bottom of the crêpe is a nice even, golden brown.6. Use a pallet knife or thin, sturdy spatula to turn the crêpe. Cook the second side only it is a blonde color, not as dark as the first side.7. Remove the crêpe to a sheet of parchment paper or waxed paper and repeat with the rest of the batter.
For the cream cheese filling:12 ounces cream cheese
1/3 cup granulated sugar
1 large egg yolk
1/8 teaspoon salt
1/2 teaspoon almond or vanilla extract1. With an electric mixer, blend all ingredients together until smooth.To assemble your crêpes1. Fill your crêpes, folding as desired, with the cream cheese filling.2. Spoon fresh fruit over the crêpes.3. Drizzle with coconut syrup.4. Garnish with whipped cream and toasted coconut.To toast the coconut1. Preheat oven to 350.2. Spread flaked coconut on an ungreased cookie sheet.3. Bake for 10 minutes, stirring two or three times, or until the coconut starts to turn a light golden brown.4. When done, remove the coconut from the pan and cool before using.