Selamat Datang Ke Dunia Resepi Najdah...

FLASH EFFECT

FLASH MESSAGE

My Cute Followers

TEH O AIS MATA KUCING

TEH O AIS MATA KUCING

Bahan-bahan

#1 uncang teh Lipton 'Commomile'
#30ml air
#2 biji buah longan
#2 camca kecil gula halus
#Ais batu kisar
#1 biji buah ceri
Cara Membuat

1. Masukkan air 300ml sehingga mendidih. Selepas itu,
tuangkan air yang sudah dimasak itu ke dalam bekas.
Rendamkan 1 uncang teh Lipton 'Commomile' sehingga air
bertukar menjadi kekuningan. Masukkan gula sirap
sebanyak 2 sudu teh atau secukup rasa.
2. Potong buah longan tadi. Campurkan ais batu kisar. Masukkan buah longan yang sudah disiap
potong tadi ke dalam gelas. Tuang air teh yang sudah siap tadi ke dalam gelas. Kemudian
masukkan air batu kisar.
3. Gunakan buah lemon dan buah longan sebagai perhiasan di atas gelas.

PANDUAN

TEPUNG GANTI SABUN

Jika anda kehabisan sabun dan pinggan mangkuk masih banyak yang belum dicuci anda boleh mencuba petua ini. Ambil tepung gandum dan jadikan ia seperti sabun. Cuci pinggan dengan menggunakan tepung itu dan hasilnya anda akan lihat cucian sama bersihnya seperti menggunakan sabun.

KARIPAP LAPIS TANDORI AYAM

KARIPAP LAPIS TANDORI AYAM

Bahan 1

#100gm isi ayam bahagian dada
#30gm tairu @ susu masam @ yogurt @dadih
#15gm cili bo
#10gm serbuk cili
#Garam secukup rasa


Bahan 2

#1 keping pastri puff
#80gm timun - hiris halus
#10gm yogurt
#Garam secukup rasa
Cara Membuat
#Perapkan bahan-bahan 1 dan bakar di dalam ketuhar selama 20 minit dengan suhu 150
darjah celcius.
#Potong pastri puff, letakkan inti hirisan ayam yang telah dimasak tadi beserta timun, yogurt
dan sedikit garam yang telah digaulkan .
#Lipatkan pastri puff yang telah diletakkan inti dengan menggunakan sedikit air.
#Bakar di dalam ketuhar selama 8 hingga 10 minit dengan kepanasan suhu 160 darjah celcius.

SANDWICH OTAK-OTAK MAKANAN LAUT

SANDWICH OTAK-OTAK MAKANAN LAUT

Bahan-bahan

@10 keping roti sandwich putih yang dibakar
@1 ekor ikan tenggiri - diambil isinya sahaja dan dikisar
@150 gm sotong - kisar
@3 biji cili merah - kisar halus
@4 biji cili padi - kisar halus
@1 inci kunyit hidup - kisar halus
@1 batang serai - kisar halus
@1/2 inci lengkuas - kisar halus
@1/2 inci halia muda - kisar halus
@2 biji bawang besar - kisar halus
@6 biji bawang merah - kisar halus
@1 helai daun pisang untuk membungkus
@1/2 cawan pati santan
@Garam secukup rasa

Cara Membuat

1. Bakar roti di dalam pembakar sehingga kekuningan
2. Campurkan semua bahan-bahan digaulkan sebati, masukkan ke dalam daun pisang dan
kukuskan selama 15 minit
3. Letakkan di dalam kepingan roti yang telah dibakar sebagai inti.

COKLAT KEK BROWNIE PANAS DENGAN AIS KRIM VANILLA


COKLAT KEK BROWNIE PANAS DENGAN AIS KRIM VANILLA

Bahan Kek

@480gm gula halus
@360gm lepa mentega
@20gm ovallete
@6 biji telur
@330gm tepung gandum
@2 camca kecil soda bikarbonat
@100gm serbuk koko
@300gm susu UHT yang dipanaskan bersama air

Bahan Sos Coklat

@400gm coklat hitam (Dark Chocolate)
@500gm susu cair UHT

Cara Membuat

@Pukul gula,mentega dan ovalette sehingga kembang.
@Masukkan telur dan gaulkan sehingga sebati.
@Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
@Akhir sekali,masukkan serbuk koko dan susu yang dipanaskan,pukul sehingga rata.
@Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 40 hingga 45 minit.

Cara Membuat Sos Coklat

@Cincang kepingan coklat sehingga hancur.
@Didihkan susu,masukkan kepingan coklat.Kacau sehingga larut dan sebati.
@Potong kek brownie coklat mengikut saiz yang dikehendaki.
@Tuangkan cairan sos coklat ke atas kek.

KEK KEJU LEMON

KEK KEJU LEMON
Bahan-bahan 1
-200gm biskut marie
-125gm lepa mentega
-1 camca kecil serbuk kulit kayu manis
Bahan-bahan 2
-250gm krim keju Mascarphone
-395gm krim (Double Cream)
-2 camca besar jus lemon
-30gm serbuk gelatin halal
Cara Membuat
-Campurkan kesemua bahan 1 dan uli sehingga menjadi satu doh.
-Tekan adunan doh tadi ke dalam acuan dan bakar selama 20 minit .
-Pukul krim keju sehingga lembut,masukkan krim Double dan jus lemon.
-Campurkan serbuk gelatin ke dalam bahan-bahan 2 yang telah disiapkan tadi dan masukkan
ke dalam acuan adunan doh yang telah dibakar (bahan 2).
-Hiaskan engan hirisan buah lemon.Sejukkan sebelum dihidang.

MI DIM SUM YANG LAZAT


Mi Dim Sum

Bahan-bahan

#1 pek mi segera perisa ayam,rebus selama 3 minit dan
tuskan
#Perencah perisa ayam (boleh didapati di dalam pek mi segera perisa ayam)
#3 sudu daging ayam dicincang halus
#1 sudu daun bawang dihiris
#3 biji telur dipukul
#1 sudu teh tepung gandum
#10 biji telur burung puyuh,direbus dan dibuang kulitnya
#Sos cili

Cara Membuatnya

1.Campurkan mi dan kesemua perencahnya bersama daging ayam,telur,daun bawang dan
tepung gandum,gaul sehingga sebati.
2.Sediakan acuan kecil,sapukan dengan minyak masak dan letakkan doh ke dalam acuan
sehingga penuh.
3.Letak 1 biji telur burung puyuh di atas doh.
4.Stim mi sehingga padat dan masak sepenuhnya,keluarkan dan biarkan sejuk.(selepas
itu,ia boleh digoreng mengikut citarasa sendiri).
5.Hidangkan bersama sos cili.

Semoga Berjaya!!!!!!!!

STIK LADA HITAM


STIK LADA HITAM

Saiz bagi hidangan ini antara 4 hingga 5 orang.

Bahan-bahan

@500-600gm (4 keping) daging batang pinang atau
peha ayam tanpa tulang.
@80gm minyak masak untuk mengoreng


(A)

@10gm (1 sudu bbesar) perapan halia
@10gm (1 sudu besar) sos soya
@1 sudu teh bawang putih yang dipotong dadu atau 1/2 sudu teh sebuk bawang putih
@1 sudu teh gula
@1 sudu besar sos worcestershire
@1/2 sudu besar garam
@1 sudu besar minyak zaitun

Campuran Sos

@120gm (1/2 botol) sos lada hitam
@125gm (8 sudu besar) air
@2 sudu besar minyak masak
@Sedikit garam dan gula

Cara membuatnya

1.Perap daging dengan bahan (A) selama 1/2 jam atau lebih
2.Panaskan minyak masak dan goreng daging selama 6 hingga 8 minit.
3.Panggang daging goreng selama 8 hingga 10 minit sehingga masak. Letakkan di tepi.

Penyediaan Sos

1.Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam kuali. Masukkan sos lada hitam dan tumis
selama 1 minit.
2.Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Setelah mendidih, campurkan campuran sos pada
daging sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba resipi ini........!!!!!!!!!!!!!!!!!